Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Esok ialah hari pertama Ramadhan pada tahun 2014.
Aku sangat berharap yang puasa pada tahun ni cukup dan sempurna.
Sempurna yang bermaksud puasa pada bulan ini dipenuhi dengan segala amalan mulia.
Kerana pada bulan ramadhan ini lah peluang untuk mendapat keampunan dari Allah.
Ada 3 cara untuk diampunkan dosa.
1. Berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengharapkan dosa diampunkan.
2. Menghidupkan malam Ramadhan seperti solat tarawikh, membaca al quran dan solat malam.
3. Mendapatkan malam Lailatul Qadr iaitu malam seribu malam.
Jika salah satu kita dapat laksanakan pada bulan ramadhan maka terampunlah semua dosa.
Tapi kalau dapat terlaksana semua lagi bagus.
Dan harap sangat semua amalan itu diterima.
Kerana aku ini manusia yang ada banyak dosa.
Dosa dengan Allah, dengan orang lain dan diri sendiri.
Di masjid UTM skudai ni dia buat 21 rakaat terawih termasuk witir.
Tapi terawih pertama aku hanyalah 8 rakaat sahaja yang aku larat tadi.
Walaupun tiada Syaitan, mata tetap ngantuk.
Ketika bulan Ramadhan ini, syaitan diikat.
Pintu syurga dibuka seluasnya manakala pintu neraka pula tertutup.
Pada ketika ini lah diri kita itu mencerminkan diri kita yang sebenar.
Oleh kerana syaitan diikat ketika ramadhan, hanya nafsu yang tinggal.
Janganlah kita menyalahkan syaitan lagi kerana mereka tiada untuk menghasut kita.
Semua kebaikan mahupun kejahatan yang dilakukan itu semuanya 100% oleh diri sendiri.
Oleh itu jangan lah bila dah buat salah tu kita nak salahkan setan lagi.
Padahal syaitan semua kena kurung, kita lah yang jadi syaitan.
Walaupun di bulan Ramadhan, aku percaya yang jenayah di Malaysia tetap akan ada.
Kerana ketika ini manusia menjadi raja segala syaitan.
Tetapi, dah kalau bulan lain pun kita jenis beribadat dan beramal.
Insya-Allah ketika bulan Ramadhan, kita akan jadi lebih baik dari itu.
Pada bulan Ramadhan, ganjaran berlipat ganda diberikan
Tak macam pelan Maxis, Celcom dan Digi or Umobile sahaja yang ada ganjaran.
Pada bulan puasa juga manusia diberi ganjaran pahala yang berlipat kali gandanya.
Hanya kita yang menentukan sama ada dapat atau tidak semua ganjaran-ganjaran yang dioffer.
Semua ibadat wajib mendapat 70 kali ganda pahala.
Semua ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib.
Rugi kan kalau kita tidak bertindak untuk mengejar pahala?
Zakat juga jangan lupa dibayar pula.
Aku disini bukan nak berceramah agama.
Cuma nak mengingatkan orang lain dan diri sendiri.
Terutama diri sendiri sebab blog ni pun bukan ada pembaca melainkan tuan blog.
Kepada semua, maafkan salah silapku.
Walaupun masih belum aidilfitri, 
aku memohon kemaafan agar aku lebih tenang, eceh.
Selamat berpuasa kepada semua dan semoga mendapat puasa yang sempurna
Nanti baru seronok beraya kalau kita semua puasa penuh. Kan?
Itu sahaja dari saya untuk hari ini.
Adios dan salam :)
 
 

1 virus:

Unknown said...

Сексуальные: дешевые проститутки Одессы киевский район
Красивая любовница мозги не выношу могу угостить кофем и после приласкать в постели. Ничего лишнего просто секс. Самый лучший способ подбодрить себя — это подбодрить кого-нибудь.

Post a Comment